Sistem perparitan yang tidak diselenggara antara punca utama banjir kerap melanda kawasan sekitar Kampung Baru di Kimanis, Sabah<br /><br />Penduduk bukan hanya risau akan keselamatan ahli keluarga, bencana banjir kilat itu juga sudah merosakkan banyak harta benda dan mereka menanggung kerugian sehingga beribu-ribu ringgit.<br /><br />Justeru itu, tinggi harapan penduduk di sekitar kampung baru untuk diselesaikan permasalahan yang sekian lama menghantui mereka.
